Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : youm7.com
Ahad

7 Februari 2016

4:58:00 PG
733762

Universiti al-Azhar kecam kempen terrorisme yang dilancar Qaradhawi

Universiti al-Azhar meyifatkan kempen terrorisme anjuran Yusuf al-Qaradhawi sebagai perkembangan pemikiran Khawarij. Yusuf al-Qaradhawi baru-baru ini mengkafirkan rakyat Mesir dan menyeru golongan muda keluar merusuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden Universiti al-Azhar, Dr Ibrahim al-Hudhud mengecam tindakan Yusuf al-Qardadhawi yang melancarkan kempen terrorisme di Mesir dalam pernyataannya yang disiarkan televisyen al-Sharq yang dipancarkan melalui Turki pada 25 Januari lalu.

Al-hudhud menyatakan kebimbangan tercetusnya kekacauan terhadap kestabilan dan pertumpahan darah melalui lidah Yusuf al-Qaradhawi yang disifat sebagai pemikiran Khawarij.

Munurut beliau lagi, Qaradhawi telah mengkafirkan seluruh penduduk Mesir dan cuba menghasut golongan muda untuk keluar merusuh.

Dr. Ibrahim al-Hudhud menyeru Yusuf al-Qaradhawi bertaqwa dan merenung kembali akibat buruk di akhirat setelah menaja kemusnahan yang tidak berasaskan kaedah agama yang benar.

Yusuf al-Qaradhawi sebelum ini pernah diistiharkan murtad dan terkeluar dari agama Islam oleh Pensyarah Jurusan Syariah Universiti al-Azhar apabila menghalalkan darah tentera Mesir ketika menyeru penduduk awam merusuh.