Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Khamis

10 Mac 2016

5:29:35 PG
740070

Sheikh al-Azhar ulangi hasrat anjurkan persidangan Sunni dan Syiah

Sheikh al-Azhar ingin menanjurkan persidangan Sunni dan Syiah yang tertangguh sebelum ini

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sheikh al-Azhar, Dr. Ahmad Tayyib sekali lagi mengulangi hasratnya untuk menganjurkan persidangan yang disertai ulama Sunni dan para maraji' Syiah.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan bersama Presiden Iraq, Fu'ad Ma'sum yang mengadakan lawatan rasmi ke Mesir pada hari Selasa lalu.

Antara usulan yang diusul sebagai resolusi adalah mengeluarkan fatwa ijma' larangan pembunuhan Syiah ke atas Sunni dan pembunuhan Sunni ke atas Syiah, menyingkirkan konflik yang menjadi faktor perbalahan di dalam negara-negara Arab.

Sheikh al-Azhar menegaskan, Iraq adalah sebuah negara besar yang berlatarkan Arab dan Islam di dalam kalbu setiap Muslim. Kestabilan negara tersebut dan menyingkirkan penderitaan rakyatnya merupakan satu kemestian.

Ahmad Tayyib berkata, Universiti al-Azhar bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Iraq dalam menghadapi sebarang konflik. Tambah beliau lagi, perlaksanaan program pemulihan hendaklah melebihi had dan cabaran yang sedia demi membasmi fitnah perseketaan puak dan mazhab.