Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24.com
Ahad

13 Mac 2016

6:33:01 PTG
740804

Kenyataan media Majma' Ahlul Bait tentang dakwaan terbaru Al Saud

erikutan dakwaan terbaru rejim Al Saud tentang pembongkaran rangkaian perisikan Iran dan penangkapan 28 orang Syiah di negara tersebut, sebagai reaksi Majma' Ahlul Bait (a.s) mengeluarkan sebuah kenyataan media seperti berikut:

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Berikutan dakwaan terbaru rejim Al Saud tentang pembongkaran rangkaian perisikan Iran dan penangkapan 28 orang Syiah di negara tersebut, sebagai reaksi Majma' Ahlul Bait (a.s) mengeluarkan sebuah kenyataan media seperti berikut:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dan sebahagian dari orang-orang A'raab itu memandang apa yang mereka belanjakan sebagai satu bayaran yang memberatkan, sambil menunggu peredaran zaman menimpa kamu; atas merekalah peredaran zaman yang buruk itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. - Surah al-Taubah ayat 98.

Dakwaan tidak realistik dan tidak munasabah rejim penjenayah Arab Saudi tentang pembongkaran rangkaian perisikan untuk Iran dan penangkapan 28 orang Syiah di negara tersebut menunjukkan tindakan perseteruan kesumat amukan kerajaan ini sebagai reaksioneri Arab ke atas Republik Islam Iran serta garis perjuangan serantau.

Mereka yang mempunyai wawasan memandang tindakan ini merupakan sebuah senario yang berulang dan tidak berpenghujung kerana rejim penjenayah ini menangkap individu Syiah yang pernah ditahan pada tahun 2013. Konspirasi baru tuduhan ke atas mereka melalui badan kehakiman Arab Saudi terjadi di celah-celah rejim ini mengalami kekalahan bertubi-tubi dalam medan politik dan ketenteraan sehingga mendesaknya mengambil langkah-langkah menutup kegagalan ini.

Kebanyakan individu yang telah ditangkap mempunyai taraf keilmuan dan kedudukan istimewa dalam masyarakat. Di kalangan mereka ada lima orang ulama dan tokoh agama. Tribunal rejim Al Saud membuat tuduhan melulu bahawa individu-individu ini menjadi mata-mata, mempunyai senjata, bertindak menentang kerajaan, mencetuskan fitnah agama dan berbagai lagi alasan untuk dihukum mati di samping dihalang berkomunikasi dengan dunia di luar penjara dan dicegah dari mendapatkan hak khidmat peguambela rasmi.

Tidak syak lagi, tindakan terkini rejim Al Saud adalah meneruskan perseteruan jahatnya supaya tenggelamnya jenayah rejim ini di peringkat antarabangsa dalam mendukung kumpulan-kumpulan militan Takfiri, pengganas, penerusan perang di Yaman, pembunuhan rambang kanak-kanak dan suri rumah yang tidak mempunyai perlindungan serta pemusnahan infrastruktur ekonomi negara-negara garis pejuang Islam seperti Syria, Iraq dan Yaman.

Tindakan-tindakan ini juga tidak menyembunyikan kerjasama dan pakatan sulitnya dengan rejim Zionis dalam percubaan memasukkan Hizbullah Lubnan (yang menjadi sumber inspirasi dan kebanggaan umat Islam dan Arab) ke dalam daftar senarai kumpulan-kumpulan pengganas.

Dalam masa yang sama rekod jenayah rejim ini terutamanya di dalam setahun mutakhir sudah sarat dengan keganasan dan kezaliman seperti pembunuhan jemaah haji di Mina, hukuman mati Sheikh Mujahid Nimer al-Nimer dan lain-lain pejuang kebebasan, penggempuran dan pembunuhan penduduk Timur Arab Saudi, kerjasama dengan rejim reaksioner Arab dalam memusnahkan kebebasan dan penentangan hak asasi manusia, pemusnahan masjid dan kesan-kesan sejarah Islam, bantuan terhadap kumpulan-kumpulan pengganas bersenjata di Iraq, Syria, Yaman, Lubnan dan Bahrain, termasuklah mendukung penceramah-penceramah kerajaan yang mengeluarkan fatwa Takfiri dan menghalalkan darah individu tidak berdosa di dalam pengeboman bunuh diri adalah merupakan contoh-contoh jenayah kerajaan Al Saud yang menepati ayat ini:

Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. - Al- Baqarah, ayat 205.

Dengan ini Majma' Ahlul Bait (a.s) mengumumkan kecaman habis-habisan terhadap tindakan sewenang-wenang, tidak syar'i dan tidak legitimasi rejim penjenayah Al Saud. Mohon para marja taqlid dan ulama Islam mengumumkan rayuan secepat mungkin demi menyelamatkan tokoh-tokoh agama dan ilmuan terkenal dari menjalani hukuman mati tanpa alasan munasabah. Selain itu mohonlah juga daripada rejim Al Saud mematuhi prinsip utama hak asasi agar berhenti meneruskan perseteruan dan melaksanakan politik zalimnya.

Tidak diragukan lagi, tindakan mendukacitakan ini amat buruk dalam pandangan seluruh pejuang kebebasan yang beriman dan ianya bertentangan dengan syariat Islam serta undang-undang antarabangsa.

Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan. Surah Yunus ayat 13,

orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali. Surah Syu'ara ayat 277.

Syura Tertinggi Majma' Ahlul Bait (a.s)
12 Mac 2016