Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : vetogate
Rabu

6 April 2016

5:59:50 PTG
745643

Ulama Mesir sifatkan fatwa Wahabi sebagai kemunduran intelek

Sheikh Mohiuddin Afifi sifatkan fatwa Wahabi sebagai kemunduran intelek apabila mengharamkan apa sahaja yang mereka anggap sebagai bid'ah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiuasaha Akademi Penyelidikan Islam, Sheikh Mohiuddin Afifi menyifatkan golongan Wahabi mengalami kemunduran intelek setelah mengistiharkan Hari Anak Yatim yang dianjurkan di Mesir sebagai haram.

Afifi berkata demikian dalam wawancara melalui telefon dalam program televisyen "Ana Misr" yang dihadiri Dr. Mu'taz Billah Abdulfattah.

Beliau turut menyindir penganut ajaran Wahabi agar mengharamkan kapal terbang dan pergi menunaikan umrah dan haji dengan menaiki unta kerana di zaman Nabi (s.a.w) belum wujud pengangkutan udara tersebut.

Beliau menjelaskan sambutan Hari Anak Yatim membuatkan masyarakat merenung kembali di manakah peranan mereka membantu golongan yang terpinggir.