Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Agung Majma Ahlul Bait berkata dalam persidangan Solidariti bersama al-Aqsa, "Persidangan seperti ini bagi memperingati peristiwa 1948 (Nakhba) perlu dihargai agar supaya kita dapat membicarakan jenayah Zionis dalam hak rakyat Palestin yang tertindas."
Hujjatul Islam Muhammad Hasan Akhtari menambah, "Imam Khomeini telah memberi amaran tentang isu Palestin sejak menjadi guru hawzah sebelum tahun 1948 lagi."
Tegas beliau lagi, "Sekarang sejarah sedang berulang, jenayah cukup besar yang dilakukan Amerika dan sekutu serantaunya, rejim dan kezaliman Arab sedang terjadi. Ia adalah isu kedua rejim Zionis yang telah dikenal secara rasmi."
Beliau mengingatkan, "Jenayah ini cukup besar, sebagaimana yang telah ditegaskan berkali-kali oleh Pemimpin Agung Revolusi, bahawa semua masalah serantau sudah jelas berada pada tangan Al Saud. Ia bertujuan menyingkirkan kekuatan pejuang dan membantu rejim Zionis."
Beliau yang juga guru di hawzah menjelaskan, "Hari ini kita menyaksikan intifadhah ketiga dengan pertambahan kekuatannya. Namun negara-negara serantau dan dunia tidak mengendahkannya. Sebagai ganti membela rakyat Palestin yang ditindas, negara penjenayah Saudi menggugurkan bom ke atas kepala penduduk Yaman dan meneruskan jenayah di Lubnan, Syria dan Iraq."
Sambil menerangkan bahawa suara Iran telah disekat, beliau menambah, "Peranan Iran dalam membela Palestin sehingga ke dalam negara ini dapat disedari dengan baik dan ia tidak disebarkan. Namun kita dari pihak penduduk Iran bersedia untuk menyediakan berbagai perkidmatan ilmu dan sosial kepada Palestin."
Mengenai rakyat Iran yang bangkit membela hak rakyat Palestin, beliau berkata, "Amerika dan sekurunya beberapa kali menegaskan, sekiranya kita melepaskan isu Pelestin, mereka akan menyelesaikan hak asasi manusia dan program nuklear. Namun dengen keberkatan Imam, rahbar dan kerajaan republik Islam, hingga hari ini ia telah menegaskan kehendaknya dan kita akan terus kukuh mengenainya di masa depan."
source : Abna24.com
Isnin
16 Mei 2016
12:05:13 PG
754466
Amerika ingin Iran tinggalkan isu Palestin bagi penyelesaian isu nuklear
Amerika berjanji akan selesaikan isu nuklear sekiranya Iran tinggalkan isu Palestin.