Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Valiasr-aj
Sabtu

21 Mei 2016

11:21:45 PG
755491

Hukum slogan “Ya Ali” dan “Ya Rasulallah” dalam Islam

Apakah slogan “Ya Ali” dan “Ya Rasulallah” dibenarkan dalam Islam?

Kenapa orang Sunni memprotes orang Syiah mengungkapkan slogan “Ya Rasulallah!” atau “Ya Ali!”? Mereka mendakwa barangsiapa yang menyeru nama orang yang sudah meninggal dunia adalah syirik. Hanya menyebut Ya Allah sahaja yang mereka benarkan.

Jawapan:


Punca tohmahan Sunni tersebut berasal dari Ibnu Taimiyah yang berkata: Menyeru dan memanggil orang mati adalah menyekutukan Allah dan kufur:


و دعاء الاموات... من الشرک باللَّه‏ و الکفر به

Meskipun begitu, kriteria keislaman seseorang itu ialah mengucap dua kalimah syahadah. Iaitu barangsiapa yang mengucapkan dua kalimah syahadah maka dia adalah Muslim, harta dan darahnya dihormati.

Pertama: Dua kalimah syahadah adalah kriteria keislaman seseorang.

Kitab Sahih al-Bukhari meriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab bahawasanya Rasulullah (s.a.w) bersabda:


قال رسول اللَّه ‏صلي الله عليه وآله وسلم اُمِرتُ أن اقاتل الناس حتّي يقولوا: «لا اله الا اللَّه» فمن قال «لا اله الا اللَّه» عَصَمَ منّي ماله و نفسه الا بحقّه و حسابه علي اللَّه

Aku diperintahkan memerangi manusia sehingga mereka berkata: Tiada tuhan melainkan Allah. Barangsiapa yang berkata tiada tuhan melainkan Allah, maka tecegahlah hartanya dan jiwanya daripadaku melainkan pada tempatnya, sementara perhitungannya terserah kepada Allah.
Hadis ini telah dinukilkan dengan berbagai sanad dalam kitab Sahih Muslim. Oleh itu tidak semudah itu seseorang itu dihukum kafir semata-mata kerana pengetahuannya yang cetek.

Kedua: Allah tidak berfirman serulah “hanya” padaku.

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ . غافر / 60 .

Serulah padaku, nescaya aku kabulkan doa kamu.

Ketiga: Allah memerintahkan kita berharap dengan perantaraan.

يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اتَّقُواْ اللَّهَ وَ ابْتَغُواْ إِلَيْهِ الْوَسِيلَة . المائده / 35 .

Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berharaplah kepadaNya dengan perantaraan.

Demikian juga kata-kata saudara Yusuf (a.s) yang berkata kepada Nabi Ya’qub (a.s).

يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ . یوسف / 97

Wahai bapa kami, mohonlah keampunan dosa kami, sesungguhnya kami telah menjadi orang bersalah.

Maka Nabi Ya’qub (a.s) pun memberitahu mereka baginda akan meminta keampunan daripada Allah (s.w.t):

قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ . يوسف / 97 و 98 .

Jawab baginda: Nanti akan aku mohon keampunan untuk kamu daripada Tuhanku, sesungguhnya Dia maha pengampun lagi maha mengasihani.
Sekiranya benar tawassul adalah syirik, nescaya Nabi Ya’qub (a.s) tidak akan berjanji demikian dan baginda melarang mereka dari kerja-kerja syirik ini. Allah (s.w.t) juga tidak menyatakan perbuatan tersebut adalah syirik.

Begitu juga ayat lain yang ditujukan kepada Nabi (s.a.w):

وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا . النساء / 64 .

Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ayat ini jelas menyatakan orang berdosa dibolehkan datang kepada Rasulullah (s.a.w) meminta pengampunan Allah. Bahkan memohon keampunan Allah daripada Rasulullah (s.a.w) bukan sahaja tidak syirik, bahkan faktor penerimaan taubat dan rahmat Allah (s.w.t).


Sekiranya perantaraan, doa, permohonan keampunan dan syafaat itu syirik, kenapa pula Allah (s.w.t) mengarahkan para pendosa melakukan demikian?

Ketahuilah, para nabi dan imam bukanlah pengampun dosa. Bahkan mereka hanya mampu memohon daripada Allah (s.w.t) dan Allah (s.w.t) jua pengampun yang sebenar.