Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Abna24.com
Sabtu

4 Jun 2016

4:30:26 PTG
758158

Ayatollah Hadavi Tehrani;

Pakistan mengalami kemunduran struktur kuasa dan solidariti nasional

Ayatollah Hadavi Tehrani memberi amaran bahawa negara Pakistan mengalami kemunduran solidariti rakyatnya akibat sikap kerajaan yang sengaja membiarkan rakyatnya dibunuh pengganas setiap hari.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah Mahdi Hadavi Tehrani memberi amaran bahawa negara Pakistan sedang mengalami kemunduran struktur kuasa dan solidariti nasional berikutan sikap sambil lewa dalam menjaga keselamatan rakyatnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan mogok lapar besar-besaran yang sudah melebihi 20 hari di seluruh Pakistan sekarang ini akibat penindasan dan diskriminasi.

Sambil menyatakan sokongan terhadap para peserta kem mogok lapar, beliau meminta agar kerajaan Pakistan lebih telus dalam menjaga hak asasi manusia yang terus ditindas tanpa sebarang tindakan wajar.

Katanya lagi menjaga keselamatan bukan sahaja tanggung jawab agama, malah menjadi faktor perpaduan rakyat.