Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Valiasr-aj
Khamis

9 Jun 2016

7:17:26 PTG
759281

Kenapa kita hormati Imam Mahdi (a.s) dengan meletakkan tangan di atas kepala?

Assalamualaikum, mengapa kita meletakkan tangan di atas kepala tatkala memperlihatkan adab terhadap Imam Mahdi (a.s)? Apakah terdapat riwayat yang memberikan arahan khusus terhadap perkara ini?

Pertanyaan:


Assalamualaikum,
mengapa kita meletakkan tangan di atas kepala tatkala memperlihatkan adab terhadap Imam Mahdi (a.s)? Apakah
terdapat riwayat yang memberikan arahan khusus terhadap perkara ini?

Jawapan:


Tidak terdapat riwayat khusus daripada para imam maksum (a.s); melainkan sebuah riwayat daripada Allamah
Mamaqani dalam kitab Tanqih al-Maqal, jilid 1 muka surat 418, dalam terjemah perihal Da'bel Khuza'i, yang
dinukil oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Jabbardari dari Mashkat al-Anwar. Riwayat tersebut ialah:

لما قرأ دعبل قصيدته المعروفة التي أولها ( مدارس آيات ) علي الرضا عليه السلام وذكره عج الله تعالي فرجه وضع الرضا عليه السلام يده علي رأسه وتواضع قائما ودعا له بالفرج .

Tatkala Da'bel membaca qasidah terkenal yang bermula dengan Madaris Ayat terhadap Imam Ridha (a.s), beliau
menyebut nama Imam Mahdi (a.s). Maka Imam Ridha (a.s) meletakkan tangan ke atas kepalanya dan berdiri dengan
rendah hati, beliau pun berdoa untuk kemunculan segera Imam Mahdi (a.s).

al-Marhum Muhaddis Nuri menulis tentang bangun dan meletakkan tangan ke atas kepala sebagai berikut:

هذا القيام والتعظيم خصوصا عند ذكر ذلك اللقب المخصوص سيرة تمام أبناء الشيعة في كل البلاد من العرب والعجم والترك والهند والديلم وغيرها ، بل وعند أبناء أهل السنة والجماعة أيضا .
النجم الثاقب ، ص 605 .

Berdiri seperti ini ialah penghormatan besar terutamanya tatkala menyebut laqabnya yang khusus. Ia adalah resam
seluruh pengikut Syiah di setiap negeri, dari bangsa Arab, 'Ajam, Turki, India, Dailam dan lain-lain lagi.
Bahkan juga di sisi pengikut Ahlisunnah Wal Jamaah juga.

Namun masih ada riwayat mengenai asal usul berdiri tatkala disebut nama Imam Mahdi (a.s), namun memadailah kami
menunjukkannya sekadar menjawab pertanyaan anda.

Wassalam,
Kumpulan menjawab Syubahat,
Yayasan Penyelidikan Hazrat Wali Asr (a.j)