Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Al-Manar
Jumaat

17 Jun 2016

10:32:50 PG
760734

Pusat pentadbiran Fallujah bebas dari cengkaman militan IS

Fallujah berada diambang pembebasan dari anasir militan Takfiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera Iraq berjaya mengambil alih kawasan pentadbiran Fallujah setelah hampir empat minggu operasi besar-besaran menggempur pengganas Takfiri, hari ini.

Pasukan elit persekutuan hanya mendapat sedikit tentangan dari gerombolan militan IS yang berkubu di pinggir Barat kota tersebut, kata komandan tentera kepada AFP.

"Pasukan counter-terrorism memberikan tindak balas segera untuk mengambil kembali kawasan pentadbiran di tengah Fallujah," kata komandan umum operasi, Leftenan Jeneral Abdulwahab al-Saadi, kepada AFP.

Ketua Polis Persekutuan Iraq Raed SHaked Jawdat juga telah mengesahkan hal tersebut sebelum ini.

"Pembebasan kawasan pentadbiran yang merupakan mercu tanda utama wilayah itu melambangkan pemulihan kuasa di negeri Fallujah," katanya.

Kerajaan Iraq hilang wilayah kekuasaannya di Fallujah sejak 2014, sebulan sebelum militan IS merampas kota kedua di Mosul yang membawa penawanan beberapa kawasan besar di negara tersebut.

"Operasi ini mendapat tentangan yang sedikit dari militan IS," kata Saadi.

Menurutnya lagi militan kehilangan banyak bekalan logistik dan mereka terpaksa melarikan diri dengan berbekalkan sisa-sisa tenaga apabila diburu pihak berkuasa.

"Kebanyakan para pemimpinnya telah musnah dan prestasi militan yang masih bertahan kelihatan tidak mahir berperang," jelas seorang lagi pegawai keselamatan yang tidak mahu namanya didedahkan.