Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) mengeluarkan pernyataan rasminya kepada umat Islam di seluruh dunia sempena hari al-Quds dengan mengajak mereka memeriahkan hari yang besar ini.
Dalam pernyataan ini, Majma’ Ahlul Bait menganggap Hari al-Quds sebagai salah satu inisiatif Imam Khomeini yang menjadi simbol perpaduan dan kesatuan hati umat Islam serta para pejuang kebebasan sedunia.
Teks pernyataan tersebut adalah seperti berikut:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. (Surah al-Maidah ayat 82).
Hari al-Qud Sedunia merupakan symbol perpaduan, kesatuan hati umat Islam dan kebebasan dunia, reaksi kebencian selama-lamanya terhadap kuasa angkuh dunia. Inisiatif intelektual pengasas Republik Islam Iran Iran dan penghidupan Islam murni Muhammad (s.a.w) di dalam kurun hari ini menegaskan penamaan Jumaat terakhir bulan Ramadhan sebagai hari al-Quds Sedunia tidak eksklusif untuk umat dan dunia Islam semata-mata. Bahkan semua naluri menerima kebangkitan setiap agama dan ideologi di seluruh pelusuk dunia, di samping menerimanya dalam rangka mempertahankan bangsa Palestin yang tertindas serta al-Quds yang mulia.
Oleh yang demikian itu, perpaduan seluruh umat Islam dalam masalah al-Quds merupakan isu yang paling penting dunia Islam, sementara pihak Barat berusaha menimbulkan kesukaran agar laum muslimin menyimpang dari situasi rumit dan melayani perpecahan berbanding isu paling penting umat hari ini.
Sebelum berkumandangnya pesanan global kebangkitan sebenar oleh Imam Khomeini kepada umat Islam sedunia pada bulan Ramadhan 1399 Hijrah (1979), kisah rejim perampas boleh berakhir, sementara kesesedaran dan solidariti seluruh umat Islam dalam masalah Palestin menjamin kemenangan mereka ke atas ahli kekufuran kelak:
وَلَن يَجْعَلَ اللَّـهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا
dan Allah tidak sekali-kali akan memberikan jalan kepada orang-orang kafir ke atas orang beriman
Dari kerana itu, revolusi Islam Iran sentiasa meruntuhkan perhitungan musuh yang tertegak di landasan menyamun sumber dan mendominasi geografi umat Islam, di samping mengganggu mimpi indah Bani Israel yang berhasrat menjajah Nil sampai Furat.
Sudah bertahun-tahun lamanya rejim Zionis penghisap darah bersarang di dalam salah satu noktah sensitive dunia Islam, iaitu al-Quds, yang suatu ketika dahulu merupakan kiblat seluruh hamba Allah, namun sekarang bertukar menjadi puncak kezaliman Zionis hasil peranan para penjahat licik. Pembunuhan wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak mempunyai perlindungan, penumpahan darah rakyat Palestin yang tidak berdaya merupakan beban yang dipikul oleh para penjenayah ini sampai ke hari kiamat.
Hari al-Quds Sedunia yang akan berlalu pergi untuk tahun ini menyertakan masalah dan musibah baru dari pihak kuasa angkuh global kepada umat Islam. Para penjajah Palestin terus merampas bumi suci dan bertegas akan melakukan jenayah terhadap penduduk negara ini dan meruntuhkan masjid al-Aqsa. Para pengganas Takfiri sedang rancak membunuh umat Islam di Iraq, Syria, Yaman, Bahrain dan Pakistan. Skop serangan bom bunuh diri telah merebak sampai ke kawasan aman seperti Turki dan beberapa bahagian di Eropah.
Kita juga mengingat rakyat Yaman dalam bulan Ramadhan yang berada di bawah api kebencian pakatan Arab bersama Israel dan Zionis, sedangkan Yaman itu adalah Arab yang berlepas diri dari Israel dan Zionis, mereka juga melaungkan slogan Allahuakbar, kematian untuk Amerika, kematian untuk Israel, laknat ke atas Yahudi dan kemenangan untuk Islam.
Beberapa ketika yang lalu rejim Al Khalifah bertindak mengharamkan parti terbesar Bahrain, Jam’iyyah Islami al-Wefaq. Hari ini dengan segala angkuhnya mereka melucutkan pula kerakyatan Ayatullah Sheikh Isa Ahmad Qassem.
Sedangkan rejim penumpah darah Al Saud menjadi dalang dalam semua konspirasi tersebut di negara-negara Islam. Dengan berbagai alasan ia menghalang Jemaah Iran menunaikan ibadah haji sekaligus ia bersalahan dengan ajaran Islam dan menghalang jalan Allah.
Di ambang hari al-Quds yang menyaksikan kebangkitan bangsa-bangsa Islam yang merdeka dengan ilham ajaran revolusi Islam Iran, Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s) menegaskan lebih dari sebelum ini mengenai peranan besar revolusi tersebut dan meminta para ulama Islam, individu, pertubuhan sosial dan hak asasi manusia, serta individu perseorangan Muslim menyahut seruan golongan yang ditindas yang bukan hanya memberi perhatian terhadap ribuan pelarian kanak-kanak, wanita dan orang tua Palestin semata-mata, bahkan juga kaum muslimin di Yaman, Bahrain, Iraq, Syria, Pakistan dan lain-lain lagi.
Demikian juga seluruh anggota dan ahli bersekutu Majma’ Ahlul Bait agar menyahut seruan Pemimpin Agung Revolusi Islam Ayatullah al-Uzma Imam Khamenei sebagaimana tahun-tahun sebelum ini dengan menganjurkan majlis dan perarakan hari al-Quds sambil mengecam jenayah musuh terhadap umat Islam.
Tidak syak lagi, kemarahan umat Islam dan laungan mampus Israel akan membawa kepada pembebasan al-Quds dan kemerdekaan golongan yang ditindas.
Dan orang yang melakukan sebarang kezaliman akan mengetahui kelak ke tempat mana, mereka akan kembali. (Shu’ara’ ayat 227)
Majma’ Jahani Ahlul Bait (a.s)
29 Jun 2016