Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Farsnews
Rabu

28 September 2016

4:44:47 PG
781924

Yaseen al-Muadhidi yang juga dikenali sebagai Abu Taha dilantik untuk menjawat jawatan menteri perang yang baru bagi kumpulan pe

ISIL Lantik Bekas Pegawai Saddam Sebagai Menteri Perang Yang Baru

Seorang pegawai kanan pasukan sukarelawan Iraq mendedahkan bahawa ISIL telah melantik salah seorang daripada bekas komander tentera era Saddam sebagai "menteri perang baru" mereka untuk menggantikan, Abu Omar al-Shishani yang dilaporkan terbunuh pada awal musim panas yang lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan pasukan sukarelawan Iraq mendedahkan bahawa ISIL telah melantik salah seorang daripada bekas komander tentera era Saddam sebagai "menteri perang baru" mereka untuk menggantikan, Abu Omar al-Shishani yang dilaporkan terbunuh pada awal musim panas yang lepas.

"Para pemimpin ISIL telah mencapai kata putus di dalam sebuah mesyuarat yang diadakan di persekitaran wilayah Anbar, Iraq untuk memilih bekas pegawai kanan tentera Saddam, Yaseen al-Muadhidi yang juga dikenali sebagai Abu Taha untuk menjawat jawatan menteri perang yang baru bagi kumpulan pengganas tersebut," kata pegawai kanan tentera sukarelawan Iraq, yang lebih dikenali sebagai Hashd al-Sha'abi di negara tersebut.

Abu Taha yang merupakan salah seorang daripada panglima tinggi dan juga penyandang gelaran "Amir" di dalam struktur pemerintahan kumpulan pengganas tersebut berjuang untuk ISIL selepas menyertai kumpulan itu kira-kira lima tahun yang lalu.

Data perisikan tentang menteri baru ISIL itu, menunjukkan bahawa dia merupakan salah seorang daripada pegawai-pegawai yang paling menonjol dalam tentera Iraq di bawah pemerintahan Saddam Hussein yang kini telah dibubarkan. Menurut laporan, dia pernah menjawat jawatan Leftenan Jeneral pada tahun 2003.

Menteri baru ISIL tersebut juga pernah menjawat beberapa jawatan penting yang lain semasa pemerintahan Saddam, termasuklah jawatan komander pasukan khas dan beberapa jawatan penting di dalam pasukan keselamatan dan tentera Iraq.

Pada Julai lepas, kumpulan pengganas ISIL akhirnya mengakui bahawa pengganas berjanggut merah yang dikenali sebagai Abu Omar al-Shishani, telah terbunuh pada tahun ini. Pendedahan tersebut dibuat melalui penerbitan rasmi kumpulan pengganas ISIL iaitu agensi Amaq, empat bulan selepas beberapa sumber melaporkan kepada media perihal kematian al-Shishani.

Omar yang dilahirkan pada tahun 1986 di Georgia -yang ketika itu masih merupakan sebahagian daripada Kesatuan Soviet- dikenali sebagai penasihat tertinggi tentera kepada pemimpin ISIL Abu Bakr al-Baghdadi.

Dilahirkan dengan nama Tarkhan Tayumurazovich Batirashvili, pengganas tersebut pernah terlibat dengan pemberontakan di Chechnya sebelum menyertai tentera Georgia pada tahun 2006.