Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Presstv
Selasa

15 November 2016

9:31:08 PG
792067

100 Dilaporkan Terbunuh Apabila Pihak Berkuasa Lepaskan Tembakan Ke Arah Perarakan Arbain Di Nigeria.

Pihak berkuasa Nigeria telah melapaskan tembakan ke arah sekumpulan pengikut Gerakan Islam Nigeria (IMN) sekaligus membunuh hampir 100 orang daripada mereka dan mencederakan ratusan lagi yang lain di Kano.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Nigeria telah melapaskan tembakan ke arah sekumpulan pengikut Gerakan Islam Nigeria (IMN) sekaligus membunuh hampir 100 orang daripada mereka dan mencederakan ratusan lagi yang lain di Kano.

Menurut sumber kumpulan itu, tindakan pihak berkuasa yang menembak peluru hidup dan gas pemedih mata ke atas peserta sebuah perarakan aman telah menyebabkan kemalangan jiwa itu berlaku. Perarakan itu dianjurkan sempena Arbain yang merupakan ulang tahun hari ke-40 selepas Imam Hussein disyahidkan di Karbala.

Para saksi menyatakan bahawa mereka melihat puluhan mayat terkujur di atas tanah sebelum pihak berkuasa Nigeria membawa mayat-mayat itu ke tempat lain.

Keganasan tercetus apabila pihak polis cuba menyuraikan ribuan peserta daripada perarakan itu. Perarakan yang menyaksikan penyertaan kanak-kanak dan para wanita itu dilaporkan menuju ke Kaduna.

Sebelum ini Suruhanjaya Islam Hak Asasi Manusia (IHRC) pernah menghantar surat yang meminta kerajaan pimpinan Presiden Muhammadu Buhari supaya menjaga keselamatan para pengikut IMN yang menyertai perhimpunan Arbain.

Pengikut IMN sering menjadi sasaran kekerasan pihak berkuasa semenjak setahun lepas apabila pihak tentera menyerang sebuah perhimpunan keagamaan di Zaria yang merupakan kubu kuat pertubuhan itu.