Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : dunyanews
Khamis

17 November 2016

11:14:37 PG
792525

India Haramkan Pertubuhan Milik Zakir Naik.

Kerajaan India pada hari Selasa telah mengharamkan sebuah pertubuhan milik penceramah terkenal, Doktor Zakir Naik selama 5 tahun dengan mengklasifikasikannya sebagai organisasi haram.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan India pada hari Selasa telah mengharamkan sebuah pertubuhan milik penceramah terkenal, Doktor Zakir Naik selama 5 tahun dengan mengklasifikasikannya sebagai organisasi haram.

Organisasi yang diberi nama Pertubuhan Penyelidikan Islam (IRF) itu diharamkan di bawah Akta Pencegahan Aktiviti Haram.

Menurut perincian, kerajaan India juga menuduh Zakir Naik telah menyampaikan ucapan-ucapan yang bersifat provokatif.

Beberapa hari sebelum itu, kerajaan India juga telah mengharamkan sumbangan asing kepada NGO milik penceramah itu.

Keputusan untuk meguatkuasakan undang-undang ini telah dibuat di dalam sebuah mesyuarat kabinet yang diketuai oleh Narendra Modi.

Pengharaman akan melibatkan penutupan pejabat-pejabat IRF di seluruh negara.

Pemceramah itu menarik perhatian kerajaan setelah kes serangan pengganas di sebuah kedai kopi di Dhaka pada Julai lepas yang meragut nyawa 20 orang tebusan.

Pihak Bangladesh telah mendakwa bahawa kedua-dua suspek yang terlibat di dalam serangan keganasan itu dipengaruhi oleh ucapan-ucapan Doktor Zakir Naik.