Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Presstv
Jumaat

18 November 2016

5:19:15 PTG
792750

A.S Kutuk Serangan Pihak Berkuasa Nigeria Ke Atas Penganut Mazhab Syiah Negara Itu.

Di dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat, jurucakap Jabatan Negara A.S, John Kirby mengutuk serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Nigeria ke atas rakyat awam pada awal minggu ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Di dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat, jurucakap Jabatan Negara A.S, John Kirby mengutuk serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Nigeria ke atas rakyat awam pada awal minggu ini. Jabatan itu memanggil serangan itu sebagai tindak balas yang keterlaluan dan tidak seimbang.

Hampir 100 anggota Gerakan Islam Nigeria dilaporkan terbunuh pada hari Isnin selepas pasukan keselamatan Nigeria menembak peluru hidup dan gas pemedih mata ka arah para peserta perarakan aman yang dianjurkan menjelang peringatan Arbain.

Peringatan Arbain adalah ulangtahun hari ke-40 selepas Imam Hussein yang merupakan Imam ketiga mazhab Syiah terbunuh di Karbala di tangan tentera Yazid. Imam Hussein juga dikenali di kalangan umat Islam sebagai cucunda nabi s.a.a.w.

Perbalahan yang sengit tercetus apabila pihak polis cuba untuk menyuraikan para peserta termasuk para wanita dan kanak-kanak yang sedang berarak dari Kano ke Kaduna dalam rangka menyambut Arbain di sana.

"Amerika Syarikat sangat khuatir dengan puluhan mangsa yang terbunuh ketika pertelingkahan tercetus di antara para peserta perarakan itu dan pihak polis di negeri Kano," kata Kirby.

Dia juga menyeru semua pihak supaya menahan diri sambil mengatakan bahawa mereka yang bersalah perlu dihadapkan ke pengadilan.