Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

20 November 2016

4:14:11 PG
793036

Kerajaan Tempatan Kaduna Musnahkan Fasiliti Milik Gerakan Islam Nigeria.

Sebuah pasukan yang terdiri daripada penjawat awam kerajaan negeri Kaduna dan pihak berkuasa Nigeria telah memusnahkan Sekolah Islam Fudiyya di Zaria dan sebuah markaz komuniti syiah (husseiniyah) di Samanika.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah pasukan yang terdiri daripada penjawat awam kerajaan negeri Kaduna dan pihak berkuasa Nigeria telah memusnahkan Sekolah Islam Fudiyya di Zaria dan sebuah markaz komuniti syiah (husseiniyah) di Samanika. Sekolah Islam Fudiyya di Zaria adalah sebuah fasiliti pendidikan yang berdaftar milik kumpulan Gerakan Islam Nigeria (IMN). Pusat pengajian tersebut dilengkapi dengan sebuah tadika, sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

Menurut sumber daipada IMN, kerajaan negeri Kaduna (KDSG) gagal memberikan notis awal sebelum memusnahkan dua bangunan fasiliti itu. Pihak terbabit juga dikatakan gagal menunjukkan sebarang perintah mahkamah yang mengarahkan operasi penghancuran itu dibuat.

Pihak berkuasa Nigeria dan para penjawat awam kerajaan Kaduna dengan hanya berbekalkan jentera berat dan pekerja keselamatan yang lengkap bersenjata memulakan proses memusnahkan fasiliti-fasiliti tersebut.

Sesetengah pihak menuduh kerajaan tempatan cuba memprovokasi ahli IMN untuk membolehkan mereka melancarkan operasi terhadap kumpulan itu.

Beberapa hari lepas, pihak keselamatan Nigeria dilaporkan telah membunuh 100 peserta perarakan Arbain di Kano. Para peserta tersebut yang terdiri daripada ahli-ahli IMN dikatakan sedang menuju ke Kaduna dalam rangka memperingati ulang tahun hari ke-40 selepas kesyahidan cucunda Nabi S.A.A.W, Imam Hussein di Karbala.