Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : RT
Isnin

21 November 2016

7:24:17 PG
793217

Monyet Cetus Konflik Bersenjata Di Libya.

Pertempuran empat hari di antara dua kabilah di bandar Sabha, Libya telah mengakibatkan 16 orang terbunuh dan 50 yang lain cedera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertempuran empat hari di antara dua kabilah di bandar Sabha, Libya telah mengakibatkan 16 orang terbunuh dan 50 yang lain cedera. Keganasan itu dilaporkan tercetus disebabkan oleh seekor monyet telah menarik tudung seorang gadis yang berasal daripada salah satu kabilah itu.

Menurut Reuters yang memetik sumber tempatan, monyet yang dimiliki oleh seorang peniaga yang berasal daripada kabilah Gaddadfa telah menarik tudung seorang gadis daripada kabilah Awlad Suleiman yang sedang melintasi kawasan kejadian bersama rakan-rakannya.

Ekoran kejadian itu, para pejuang daripada kabilah Awlad Suleiman bertindak balas dengan membunuh 3 ahli kabilah Gaddadfa berserta monyet tersebut.

Penggunaan kereta kebal dan senjata berat juga dilaporkan berlaku di dalam konflik tersebut.

Libya yang pernah menjadi salah satu negara terkaya di Utara Afrika kini tenggelam di dalam siri keganasan selepas kebangkitan dalaman yang dibantu oleh NATO menjatuhkan kerajaan Muammar Gaddafi.