Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sputnik
Ahad

27 November 2016

5:27:31 PTG
794699

Mesir Nafi Hantar Tentera Ke Syria.

Kementerian Luar Mesir menyangkal laporan pihak media yang mengatakan bahawa Kaherah telah menghantar tenteranya ke Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Mesir menyangkal laporan pihak media yang mengatakan bahawa Kaherah telah menghantar tenteranya ke Syria.

Di dalam sebuah kenyataan yang dikaitkan kepada jurucakap Kementerian Luar Mesir pada hari Ahad ini, kerajaan Mesir telah menafikan laporan yang mengatakan bahawa negara itu telah menghantar kontinjen tenteranya ke Syria. Jurucakap itu menambah di dalam laporan itu bahawa Mesir sentiasa menghormati kedaulatan negara-negara lain.

"Beberapa surat khabar berbahasa Arab telah melaporkan tentang kehadiran tentera Mesir di Syria." kenyataan itu ditulis di laman Facebook milik kementerian itu. "Mesir komited kepada prinsip tidak campur tangan di dalam urusan dalaman negara-negara lain," baca kenyataan itu lagi.

Jurucakap itu turut menegaskan bahawa terdapat beberapa buah prosedur yang perlu dilalui oleh pihak terbabit sebelum Mesir boleh menghantar tenteranya ke negara luar. "Setiap tindakan -prosedur- itu tidak boleh dilaksanakan tanpa memberitahu rakyat Mesir tentang objektif (penghantaran tentera itu)," tambahnya lagi.