Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Washington berkata bahawa sebuah kedutaan palsu Amerika Syarikat yang dioperasikan oleh kumpulan penjenayah telah ditutup di ibu kota Ghana, Accra. Penutupan itu dibuat setelah pusat itu beroperasi selama 10 tahun dengan mengeluarkan visa dan dokumen pengenalan diri yang palsu.
Menurut sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara A.S pada lewat hari Jumaat lepas, kedutaan palsu itu dioperasikan oleh beberapa figur daripada kumpulan jenayah terancang yang berasal dari Turki dan Ghana. Operasi mereka turut dibantu oleh seorang peguam Ghana yang mempunyai kemahiran di dalam isu berkaitan imigrasi dan undang-undang jenayah.
4 Disember 2016 - 15:19
News ID: 796002

Washington berkata bahawa sebuah kedutaan palsu Amerika Syarikat yang dioperasikan oleh kumpulan penjenayah telah ditutup di ibu kota Ghana, Accra.