Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak Polis Mesir telah menahan seorang lelaki kerana mengambil gambar-gambar palsu yang mengandungi imej kanak-kanak yang mengalami kecederaan sebelum memuat naikkannya ke laman sosial dan mengelirukan orang awam dengan mengatakan bahawa gambar-gambar tersebut menggambarkan kemusnahan yang wujud di Aleppo.
"Pasukan mereka yang turut disertai oleh pembantu jurugambar dan ibu bapa kanak-kanak itu telah ditahan di wilayah Port Said, Mesir," kata Kementerian Dalam Negeri negara itu.
Di dalam gambar-gambar itu, kanak-kanak tersebut memegang sebuah patung beruang yang berlumuran darah manakala tangannya pula dibalut oleh pembalut luka.
20 Disember 2016 - 12:20
News ID: 799535

Pihak Polis Mesir telah menahan seorang lelaki kerana mengambil gambar-gambar palsu yang mengandungi imej kanak-kanak yang mengalami kecederaan sebelum memuat naikkannya ke laman sosial dan mengelirukan orang awam dengan mengatakan bahawa gambar-gambar tersebut menggambarkan kemusnahan yang wujud di Aleppo.