Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

12 Januari 2017

5:56:44 PG
804401

India Ugut Usir Pekerja Amazon Berikutan Isu Alas Kaki

Menteri Luar India, Sushma Swaraj mengugut untuk membatalkan kesemua visa pekerja asing Amazon setelah mengetahui bahawa syarikat jualan online itu menjual alas kaki bermotifkan bendera India.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar India, Sushma Swaraj mengugut untuk membatalkan kesemua visa pekerja asing Amazon setelah mengetahui bahawa syarikat jualan online itu menjual alas kaki bermotifkan bendera India.

"Amazon perlu meminta maaf tanpa sebarang syarat. Mereka perlu mengeluarkan (daripada inventori mereka) semua produk yang menghina bendera kebangsaan kami," tulis Swaraj di dalam sebuah sosial.

"Jika perkara ini tidak dibuat serta-merta, kami tidak akan mengeluarkan visa India kepada mana-mana pegawai mereka. Kami juga akan membatalkan visa yang diisukan sebelum ini," tambah beliau.

Beliau dilaporkan turut menghubungi Pesuruh Jaya Tinggi India di Kanada dan megarahkan mereka untuk membawa insiden itu ke 'tahap yang paling tinggi'.

Produk itu walau bagaimanapun telah dikeluarkan daripada laman sesawang Amazon beberapa jam setelah beliau menulis di dalam laman sosialnya itu.

"Produk itu sudah tidak lagi dijual di dalam laman sesawang (kami), kata jurucakap Amazon.