Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

16 Januari 2017

6:33:17 PTG
805398

Kotak Hitam Pesawat Kargo Turki Ditemui

Timbalan Presiden Kyrgyzstan mengesahkan laporan media yang mengatakan bahawa kotak hitam milik pesawat kargo Turki yang terhempas berhampiran Bishkek sebelum ini telah ditemui

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Timbalan Presiden Kyrgyzstan mengesahkan laporan media yang mengatakan bahawa kotak hitam milik pesawat kargo Turki yang terhempas berhampiran Bishkek sebelum ini telah ditemui.

Sebelum ini, pesawat kargo Turki yang berlepas dari Hong Kong ke Istanbul telah terhempas di lapangan terbang Manas pada pagi Isnin. Pesawat itu sepatutnya membuat perhentian di lapangan terbang yang terletak berhampiran ibu kota Kyrgyzstan, Bishkek,

Operasi mencari dan menyelamat di tempat nahas sudah hampir selesai, kata beliau.

Beliau berkata bahawa 32 orang disahkan terbunuh setakat ini di mana 28 orang daripada mereka adalah warga negara Kyrgyzstan dan 4 yang lain adalah kru pesawat Boeing 747 tersebut.