Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

19 Januari 2017

6:26:06 PTG
805983

Timbalan Presiden Gambia Letak Jawatan Dan Tinggalkan Kem Politik Jammeh

Timbalan Presiden Gambia telah meletakkan jawatan beliau berikutan krisis politik yang semakin meruncing di negara Afrika Barat itu. Krisis itu tercetus setelah Presiden Yahya Jammeh enggan untuk menamatkan pemerintahannya walaupun tewas kepada ketua pembangkang negara itu di dalam pilihan raya presiden yang berlangsung baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Timbalan Presiden Gambia telah meletakkan jawatan beliau berikutan krisis politik yang semakin meruncing di negara Afrika Barat itu. Krisis itu tercetus setelah Presiden Yahya Jammeh enggan untuk menamatkan pemerintahannya walaupun tewas kepada ketua pembangkang negara itu di dalam pilihan raya presiden yang berlangsung baru-baru ini.

Isatou Njie merupakan pegawai paling tinggi di dalam pentadbiran Jammeh yang meletakkan jawatan setakat ini. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan kem politik Jammeh pada hari Rabu; iaitu beberapa jam sebelum mandat penyandang jawatan presiden itu tamat. Njie telah memegang jawatan timbalan presiden sejak tahun 1997.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Gambia, Abubacar Senghore turut melepaskan jawatannya pada hari yang sama sekaligus menjadi menteri kabinet kelapan yang meninggalkan pentadbiran Jammeh pada bulan ini.

Jammeh sebelum ini menerima keputusan itu. Akan tetapi mengubah keputusannya dan mengadu kepada Mahkamah Tinggi negara itu berkaitan dakwaannya bahawa terdapat penipuan di dalam pilihan raya itu.

Keputusan Jammeh itu telah menyebabkan negara Afrika itu tenggelam di dalam krisis yang menyebabkan ramai warga negara Gambia memilih untuk meninggalkan negara tersebut.