Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

20 Januari 2017

2:21:52 PTG
806161

Agenda Kuasa Imperialis Di Sebalik Krisis Di Gambia

Perkembangan-perkembangan pasca-pilihan raya telah mencetuskan ketidak stabilan politik di Gambia dan prospek campur tangan asing telah menyebabkan situasi di sana bertambah rumit. Walaupun penyandang jawatan Presiden Gambia, Yahya Jammeh sebelum ini mengucapkan tahniah kepada ketua pembangkang, Adama Barrow berikutan kemenangan beliau pada pilihan raya 1 Disember lalu, Jammeh kini menegaskan bahawa terdapat penipuan berlaku di dalam pilihan raya itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perkembangan-perkembangan pasca-pilihan raya telah mencetuskan ketidak stabilan politik di Gambia dan prospek campur tangan asing telah menyebabkan situasi di sana bertambah rumit. Walaupun penyandang jawatan Presiden Gambia, Yahya Jammeh sebelum ini mengucapkan tahniah kepada ketua pembangkang, Adama Barrow berikutan kemenangan beliau pada pilihan raya 1 Disember lalu, Jammeh kini menegaskan bahawa terdapat penipuan berlaku di dalam pilihan raya itu.

Abayomi Azikiwe, pengarang Pan-African News Wire yang berpusat di Detroit, Amerika Syarikat, mengatakan bahawa A.S dan United Kingdom adalah punca kepada krisis yang kini melanda negara Gambia.

Peranan Amerika, Britain dan Kesatuan Eropah di Afrika tidak boleh diabaikan kerana "mereka adalah pihak yang menyalurkan pelbagai sumber kepada angkatan tentera negara-negara Afrika," katanya kepada pihak media pada hari Khamis.

"Peranan negara-negara bekas kuasa kolonial dan juga kuasa neo-kolonial dominan iaitu Amerika di dalam perkembangan politik di Afrika Barat adalah sangat jelas. Ini kerana, Britain dan Amerika Syarikat telah "terbabit di dalam campur tangan ketenteraan yang berlaku pada skala besar-besaran di seluruh benua Afrika," katanya lagi.

Menurutnya, kuasa-kuasa imperial ini telah menggunakan kerajaan-kerajaan sekutu mereka di benua Afrika untuk memastikan hegemoni kuasa mereka di benua itu berkekalan.

Menurut penganalisis itu, tindakan Senegal yang menempatkan sejumlah besar tentera mereka di sempadan negara itu dengan Gambia telah menimbulkan syak wasangka yang serius. Ini kerana, Senegal pada Julai lalu telah menandatangani perjanjian pertahanan bersama dengan A.S sekaligus menjadikan negara Afrika itu sebagai negara 'terapat' di rantau dengan pusat Pemerintah A.S di Afrika yang lebih dikenali sebagai AFRICOM.

"Ini adalah sebuah menifestasi daripada latihan ketenteraan yang diadakan secara berulang kali di Afrika Barat dengan koordinasi AFRICOM," tambahnya.

Azikiwe berkata bahawa terdapat persoalan berkaitan "campur tangan ketenteraan" di Gambia. Dia juga mempersoalkan niat sebenar A.S untuk mengutarakan situasi politik di Gambia.

Menurutnya A.S merasakan kepentingan mereka di Afrika Barat terjejas berikutan hubungan baik di antara Afrika dan negara-negara Asia seperti China, Jepun, Iran dan Turki. Dia turut mengatakan bahawa ekonomi Asia menawarkan lebih banyak kerjasama ekonomi berbanding A.S dan Britain.

Azikiwe turut berkata bahawa terdapat senarai panjang yang mengandungi nama-nama kerajaan negara Afrika yang telah dijatuhkan oleh A.S termasuk Ghana dan Congo. Pendekatan ini menurut beliau berbeza dengan kaedah yang digunakan oleh China yang gemar mewujudkan hubungan ekonomi yang konstruktif dengan negara-negara tersebut.