Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

20 Januari 2017

5:14:50 PTG
806187

Angkatan Tentera Negara-Negara Afrika Beri Ultimatum Kepada Jammeh Untuk Lepaskan Jawatan

Presiden Gambia, Yahya Jammeh diberikan ultimatum untuk melepaskan jawatannya sehingga tengah hari Jumaat supaya Adama Barrow yang memenangi pilihan raya presiden negara itu pada Disember 2016 boleh mengambil alih jawatan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Gambia, Yahya Jammeh diberikan ultimatum untuk melepaskan jawatannya sehingga tengah hari Jumaat supaya Adama Barrow yang memenangi pilihan raya presiden negara itu pada Disember 2016 boleh mengambil alih jawatan itu.

Menurut laporan, angkatan tentera dari beberapa negara serantau dengan kelulusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memasuki sempada negara itu pada hari Khamis untuk memberikan tekanan ke atas Jammeh supaya melepaskan jawatannya.

Barrow sebelum ini telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Gambia di kedutaan negara itu yang terletak di Senegal.

"Ini adalah kemenangan negara Gambia. Bendera kami akan berkibar tinggi bersama-sama negara lain yang mengamalkan demokrasi," kata Barrow yang berusia 51 tahun itu ketika mengangkat sumpah.

Barrow turut menyeru angkatan tentera negaranya supaya setia kepada pemimpin yang dipilih rakyat.

Mandat Jammeh tamat pada tengah malam Rabu. Akan tetapi dia telah menolak keputusan pilihan raya Disember lepas dan mendakwa berlaku penipuan di dalam proses tersebut.

Pada awalnya, Jammeh menerima kekalahannya. Akan tetapi, dia kemudiannya mencabar keputusan tersebut di dalam mahkamah.

Sementara itu, tekanan antarabangsa terus meningkat dengan kemasukan tentera asing ke dalam negara Afrika tersebut. Mereka menuntut Jammeh untuk menghormati keputusan pilihan raya itu.

Ketua Angkata Tentera Gambia, Ousman Badjie berkata bahawa beliau tidak akan mengarahkan tenteranya untuk bertempur dengan tentera asing yang menceroboh wilayahnya.