Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

21 Januari 2017

5:49:12 PTG
806406

Pemimpin Gambia, Yahya Jammeh Setuju Letak Jawatan

Pemimpin Gambia, Yahya Jammeh telah mengumumkan bahawa dia akan meletakkan jawatan setelah angkatan tentera negara-negara Afrika Barat mula menceroboh masuk ke negaranya dalam rangka memaksanya melepaskan kuasa kepada presiden terpilih.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Gambia, Yahya Jammeh telah mengumumkan bahawa dia akan meletakkan jawatan setelah angkatan tentera negara-negara Afrika Barat mula menceroboh masuk ke negaranya dalam rangka memaksanya melepaskan kuasa kepada presiden terpilih.

"Pada hari ini saya telah mengambil keputusan berdasarkan rasa prihatin untuk melepaskan jubah kepimpinan negara gemilang ini," kata Jammeh di dalam sebuah kenyataan yang disiarkan oleh stesyen televisyen Gambia pada hari Sabtu.

Mandat Jammeh tamat pada tengah malam Rabu. Akan tetapi dia telah menolak keputusan pilihan raya Disember lepas dan mendakwa berlaku penipuan di dalam proses tersebut.

Pada awalnya, Jammeh menerima kekalahannya kepada calon pembangkang, Adama Barrow. Akan tetapi, dia kemudiannya mencabar keputusan tersebut di mahkamah. Tindakannya itu mencetuskan ketidakstabilan politik di negara Afrika itu, sekaligus menyebabkan campur tangan negara-negara serantau yang menghantar tentera mereka untuk memberikan tekanan kepada Jammeh. Jammeh akhirnya tunduk kepada tekanan tersebut dan memberikan laluan kepada pemimpin pembangkang untuk menerajui kerajaan baru di negara Afrika itu.

Dia berkata bahawa keputusannya untuk meletakkan jawatan dibuat dengan mengambil kira kepentingan negara. Selain daripada itu, Jammeh juga menyeru rakyat Gambia untuk saling bekerjasama.

Barrow sebelum ini telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Gambia di kedutaan negara itu yang terletak di Senegal.