Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

23 Januari 2017

7:27:50 PTG
806842

Bekas Presiden Gambia Kosongkan Perbendaharaan Negara Itu Sebelum Melarikan Diri

Bekas Presiden Gambia, Yahya Jammeh yang sebelum ini mencetuskan ketidakstabilan politik di negara Afrika itu telah mengosongkan perbendaharaan negaranya sebelum berangkat ke Equatorial Guinea.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Presiden Gambia, Yahya Jammeh yang sebelum ini mencetuskan ketidakstabilan politik di negara Afrika itu telah mengosongkan perbendaharaan negaranya sebelum berangkat ke Equatorial Guinea.

"Sepanjang 2 minggu lepas, sejumlah Dalasi 500 juta (USD 11 juta) telah dikeluarkan oleh Jammeh," kata Mai Fatty yang merupakan pembantu kepada Presiden Adama Barrow pada hari Isnin di Dakar, Senegal.

"Apabila kami mengambil (kuasa), kerajaan Gambia berasa di dalam kesukaran kewangan...Perbendaharaan secara umumnya telah kosong," beritahunya kepada para pemberita.

Jammeh yang memerintah Gambia selama 22 tahun telah meninggalkan Gambia pada hari Sabtu dan menuju ke Equatorial Guinea di mana dia dijangka akan hidup di dalam buangan di sana.

Sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan negara itu, dia telah membawa negara itu ke ambang peperangan apabila enggan menerima keputusan pilihan raya presiden yang dilangsungkan pada Disember tahun lepas.

Sebelum ini, beberapa negara Afrika Barat telah menghantar tentera mereka ke Gambia untuk memaksa Jammeh meletakkan jawatan. Campur tangan itu menyebabkan Jammeh yang berkuasa sejak tahun 1994 melalui sebuah rampasan kuasa mengambil keputusan untuk hidup dalam buangan di Equatorial Guinea.