Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Setiuasaha Akhbar Rumah Putih, Presiden Amerika Syarikat dan rakan sejawatnya dari Mesir telah berbincang untuk mencari jalan di dalam meningkatkan usaha Kaherah membanteras keganasan.
Presiden Donald Trump dan Presiden Fattah al-Sisis pada hari Isnin berbincang melalui perbualan telefon berkaitan meningkatkan usaha Kaherah membasmi keganasan. Perkara itu dilaporkan oleh Sean Spicer di dalam sidang akhbar di Rumah Putih.
"Mereka berbincang tentang cara untuk meningkatkan hubungan dua hala, sokongan terhadap Mesir di dalam perangnya menentang keganasan...," kata Spicer pada hari Isnin.
23 Januari 2017 - 19:52
News ID: 806849

Menurut Setiuasaha Akhbar Rumah Putih, Presiden Amerika Syarikat dan rakan sejawatnya dari Mesir telah berbincang untuk mencari jalan di dalam meningkatkan usaha Kaherah membanteras keganasan.