Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

25 Januari 2017

8:02:07 PTG
807284

Adama Barrow Sedia Untuk Pulang Ke Gambia

Presiden Adama Barrow dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Senegal untuk kembali ke Gambia selepas bekas presiden negara itu, Yahya Jammeh melarikan diri ke Equatorial Guinea.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Adama Barrow dilaporkan bersedia untuk meninggalkan Senegal untuk kembali ke Gambia selepas bekas presiden negara itu, Yahya Jammeh melarikan diri ke Equatorial Guinea.

Seorang sumberyang berada di ibu negara Gambia, Banjul pada hari Rabu mengesahkan bahawa Barrow akan tiba ke negara itu pada jam 4.00 petang pada hari Khamis.

Barrow yang berada di Senegal sejak 15 Januari lalu, sebelum ini menangguhkan kepulangan beliau ke Gambia berikutan kerisauan terhadap tahap keselamatan yang wujud di Gambia.

Ribuan tentera dari negara-negara Afrika Barat pada ketika ini ditempatkan di Gambia. Tentera tersebut memasuki Gambia pada 22 Januari lalu untuk mengekalkan keamanan di Gambia selain daripada membuka jalan untuk kepulangan Adama Barrow.