Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

8 Februari 2017

3:50:04 PTG
810339

Pengganas Serang Hotel Di Somalia

Serangan yang dilancarkan oleh kumpulan al-Shabab [sekutu al-Qaeda] ke atas sebuah hotel yang terletak di sebuah bandar pelabuhan Somalia telah menyebabkan 4 orang pengawal keselamatan dan 2 orang penyerang terbunuh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Serangan yang dilancarkan oleh kumpulan al-Shabab [sekutu al-Qaeda] ke atas sebuah hotel yang terletak di sebuah bandar pelabuhan Somalia telah menyebabkan 4 orang pengawal keselamatan dan 2 orang penyerang terbunuh.

"3 orang anggota kumpulan al-Shabab menyerbu masuk ke Hotel International Village pada pagi ini. 4 orang pengawal keselamatan dan 2 orang penyerang terbunuh di dalam serangan tersebut," kata Gabenor wilayah Bari, Yusuf Mohamed pada hari Rabu.

Menurut Mohamed, tiada seorangpun pelawat hotel yang popular di kalangan pelancong asing itu dilaporkan tercedera di dalam insiden tersebut. Beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa oenyerang yang ketiga berjaya melarikan diri dari kawasan kejadian.

"Baiknya, para penyerang tidak memasuki bilik-bilik (hotel itu). Pertempuran berlaku di dalam kawasan hotel. Penyerang ketiga berjaya meloloskan diri dan kami sedang memburunya. Kesemua orang yang berada di dalam hotel selamat," kata Mohamed.

Serangan itu berlaku pada ketika para penggubal undang-undang Somalia sedang bersiap untuk memilih Presiden baharu negara itu di Mogasdishu pada lewat hari yang sama.

/315