Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Jumaat

17 Februari 2017

7:07:40 PTG
812354

100 Pengganas Dibunuh Selepas Serangan Ke Atas Makam Sufi

Tentera Pakistan berkata pihaknya berjaya membunuh lebih 100 pengganas, semalam, selepas serangan ke atas sebuah makam sufi yang didakwa dilakukan kumpulan militan Daesh, mengorbankan 88 orang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Pakistan berkata pihaknya berjaya membunuh lebih 100 pengganas, semalam, selepas serangan ke atas sebuah makam sufi yang didakwa dilakukan kumpulan militan Daesh, mengorbankan 88 orang.

Gerakan itu berlaku selepas beberapa serangan pelampau minggu ini, termasuk satu serangan bom oleh Taliban di Lahore, timur Pakistan yang menyaksikan 13 orang maut, sementara berpuluh-puluh yang lain terkorban.

Perdana Menteri, Nawaz Sharif dan Ketua Staf Tentera, Jeneral Qamar Javed Bajwa melawat bandar Sehwan di wilayah Sindh, semalam, lokasi serangan terbaharu itu berlaku. Sharif berjanji untuk menghapuskan militan dengan sepenuh kekuatan negara itu.

Tentera Pakistan kemudian berkata, beberapa operasi sedang dijalankan di negara itu. "Lebih 100 pengganas sudah dibunuh, sejak malam tadi," katanya sambil menambah ada di antara mereka berjaya ditahan.

Peningkatan aktiviti militan Daesh dan kemunculan semula Taliban menjadi satu tamparan hebat kepada Pakistan dan beberapa serangan itu menjejaskan keyakinan terhadap keselamatan, susulan perang menentang pengganas selama sedekad.

Semalam, polis mengepung makam Lal Shahbaz Qaklandar, seorang ahli Sufi kurun ke-13 di Sehwan yang terletak kira-kira 200 kilometer di timur laut Karachi. - AFP