Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

19 Februari 2017

5:31:42 PTG
812775

Puluhan Terbunuh Di Dalam Letupan Bom Kereta Di Mogadishu

Sebuah letupan besar telah menggegarkan sebuah pasar yang sibuk dengan orang ramai di Mogadishu pada hari Ahad, serangan itu membunuh sekurang-kurangnya 30 orang mangsa sekaligus memberikan cabaran keselamatan yang serius kepada presiden baharu negara Afrika tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah letupan besar telah menggegarkan sebuah pasar yang sibuk dengan orang ramai di Mogadishu pada hari Ahad, serangan itu membunuh sekurang-kurangnya 30 orang mangsa sekaligus memberikan cabaran keselamatan yang serius kepada presiden baharu negara Afrika tersebut.

Para pegawai keselamatan Somalia berkata bahawa bom tersebut telah dimuatkan ke dalam sebuah trak yang dipandu oleh seorang penyerang berani mati. Penyerang itu memandu kenderaan tersebut ke arah pasar Kawo Godey yang terletak berhampiran dengan pusat bandar Mogadishu.

"Saya terkejut apabila melihat mayat bergelimpangan di atas tanah," kata Fa'izo Shimbir, seorang penjual yang berada berdekatan dengan pasar itu. "Pasar itu bermandikan darah."

Doktor yang bertugas di sebuah hospital berdekatan berkata bahawa puluhan mangsa yang cedera telah tiba dengan sebahagian daripada mereka mengalami luka yang dalam. Perkara itu menurut mereka hampir pasti akan menjadikan angka kematian terus meningkat.

Para pegawai kerajaan menuding jari kepada kumpulan pengganas Shabab yang beberapa tahun ini kerap melancarkan serangan keganasan di negara tersebut.

/315