Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

24 Februari 2017

5:28:06 PG
813720

74 Mayat Migran Terdampar Di Pantai Libya

Mayat 74 pendatang yang lemas di Mediterranean ketika cuba masuk ke Eropah dilaporkan terdampar di pantai barat Libya, kelmarin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mayat 74 pendatang yang lemas di Mediterranean ketika cuba masuk ke Eropah dilaporkan terdampar di pantai barat Libya, kelmarin.

Menurut jurucakap Bulan Sabit Merah, penduduk kampung Harcha di luar Zawiya, terletak kira-kira 45 kilometer dari Tripoli memaklumkan perkhidmatan kecemasan selepas menemui sebuah bangkai bot dengan puluhan mayat di dalamnya.

"Kami tidak mempunyai kenderaan yang sesuai untuk memindah atau mengebumikan mayat yang tidak dikenal pasti identitinya. Masih terdapat mayat berada di pantai dan terapung di laut," katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) memberitahu, bot berkenaan dilaporkan karam pada Ahad lalu dan lebih 100 nyawa dipercayai terbunuh.

"Kumpulan penyeludup didakwa mencuri enjin bot dan membiarkan ia hanyut. Seorang mangsa yang terselamat kini koma," kata IOM dalam satu kenyataan.

Jika jumlah kematian terbaru itu disahkan, bilangan pendatang mati ketika cuba menyeberangi Mediterranean meningkat kepada 365 setakat tahun ini. - AFP