Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

26 Mac 2017

7:03:32 PTG
820148

HRW Gesa Jordan Halang Kemasukan Presiden Sudan Ke Negara Itu Ataupun Menahannya

Pertubuhan Human Rights Watch menggesa pihak berkuasa untuk sama ada menghalang kemasukan Presiden Sudan, Omar Bashir ke negara itu atau menahannya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Human Rights Watch menggesa pihak berkuasa untuk sama ada menghalang kemasukan Presiden Sudan, Omar Bashir ke negara itu atau menahannya.

Pertubuhan itu di dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada hari Ahad berkata bahawa Jordan bertanggungjawab untuk menghalang kemasukan Bashir ke negara itu ataupun menahannya ketika beliau berada di sana.

Pertubuhan itu berkata bahawa Bashir gagal untuk menghadiri Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sejak tahun 2009. Menurut mereka, 2 waran tangkap juga telah dikeluarkan ke atasnya pada tahun 2009 dan 2010 berikutan dakwaan bahawa beliau berperanan besar di dalam membanteras sebuah pemberontakan di Darfur.

Pertubuhan itu turut menambah bahawa dakwaan yang dibuat ke atas Presiden Sudan itu adalah; pembunuhan beramai-ramai, jenayah ke atas kemanusiaan dan jenayah perang.

Presiden Sudan itu dijangka akan menghadiri Sidang Kemuncak Arab di Jordan pada 29 Mac ini.

/315