Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

1 April 2017

2:43:46 PG
821185

Iran Satu-Satunya Harapan Dalam Menentang Israel: Presiden Tunisia

Republik Islam Iran perlu memainkan peranan utamanya di rantau Timur Tengah di sebalik usaha yang dibuat untuk mengasingkannya, kata Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi pada hari Jumaat sambil menambah bahawa Tehran adalah "satu-satunya harapan di dalam menentang Israel."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Republik Islam Iran perlu memainkan peranan utamanya di rantau Timur Tengah di sebalik usaha yang dibuat untuk mengasingkannya, kata Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi pada hari Jumaat sambil menambah bahawa Tehran adalah "satu-satunya harapan di dalam menentang Israel."

Menurut agensi berita IRNA, kenyataan tersebut dibuat ketika perjumpaan di antara Essebsi dan juga Menteri Kebudayaan Iran, Reza Salehi Amiri.

Amiri menyampaikan salam Presiden Iran, Hassan Rouhani kepada Essebsi dan menyatakan harapannya untuk melihat pertukaran kebudayaan di antara kedua-dua negara itu di samping peningkatan di dalam kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

Essebsi kemudiannya memuji kebudayaan Iran sambil menegaskan tentang peranan Iran di rantau tersebut. Beliau turut menyatakan harapannya untuk melihat negara-negara Arab lain menyokong Republik Islam itu di dalam menentang rejim Tel Aviv.

/315