Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

20 April 2017

6:40:15 PTG
825008

Tentera Mesir Bunuh Ulama Kanan Daesh

Tentera Mesir berkata hari ini, ia berjaya membunuh seorang ulama kanan Daesh dan 18 anggotanya dalam serangan udara di Semenanjung Sinai.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Mesir berkata hari ini, ia berjaya membunuh seorang ulama kanan Daesh dan 18 anggotanya dalam serangan udara di Semenanjung Sinai.

Pengumuman itu dibuat selepas militan mendakwa melakukan beberapa siri serangan termasuk tembakan berhampiran sebuah biara minggu ini dan pengeboman dua gereja 19 April lalu, mengorbankan puluhan penganut Kristian Koptik.

"Antara militan yang terbunuh adalah seorang pemimpin terkemuka Daesh digelar Ansar Beit al-Maqdis, ketua jawatankuasa hal ehwal agama kumpulan itu," kata tentera tanpa mendedahkan bila serangan berlaku.

Ansar Beit al-Maqdis adalah nama digunakan kumpulan militan di Sinai sebelum mereka berikrar taat setia kepada Daesh pada November 2014.

Daesh sudah membunuh ratusan tentera dan polis sejak tentera menggulingkan bekas Presiden Mohamed Morsi pada 2013. - AFP