Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

4 Mei 2017

5:43:38 PTG
827808

Rusia, Iran Dan Turki Tandatangani Perjanjian Penciptaan Zon Selamat Di Syria

Rusia, Iran dan Turki telah menandatangani sebuah memorandum untuk menubuhkan zon selamat di Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia, Iran dan Turki telah menandatangani sebuah memorandum untuk menubuhkan zon selamat di Syria.

Perjanjian itu ditandatangani ketika rundingan damai Syria di pusingan yang ke-4 pada hari Khamis. Astana adalah ibu kota negara Kazakhstan.

Pada hari Rabu, Moscow mengusulkan pendapatnya berhubung penciptaan zon selamata di empat buah kawasan yang terletak di utara, tengah dan selatan Syria. Kebanyakan pertempuran sengit yang berlaku di Syria dilaporkan dari kawasan-kawasan tersebut.

Usul Syria itu dilihat sebagai sebuah percubaan untuk "menamatkan keganasan yang telah mencengkam Syria dan dalam masa yang sama "mencipta situasi yang selamat untuk membenarkan para pelarian pulang ke rumah mereka sendir", lapor AFP.

Menteri Luar Kazakhstan, Kairat Abdrakhmanov telah mengumumkan bahawa rundingan pusingan yang ke-5 akan berlangsung di pertengahan Julai.

Ketika perjanjian itu dimeterai, sebahagian daripada anggota pembangkang Syria, menjerit sebagai membantah perkara itu sebelum meninggalkan perundingan di Astana itu.

Wakil Khas PBB berhubung isu di Syria, Staffan di Mistura pula memuji penciptaan zon selamat itu dan menganggapnya sebagai langkah yang tepat di dalam menuju ke arah gencatan senjata hakiki di sana. - Media

/315