Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Jumaat

23 Jun 2017

3:26:36 PG
838226

Mesir Lanjutkan Perintah Darurat Tiga Bulan Lagi

Mesir akan melanjutkan perintah darurat selama tiga bulan lagi selepas kerajaan meluluskan cadangan Presiden Abdel Fattah al-Sisi untuk berbuat demikian.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mesir akan melanjutkan perintah darurat selama tiga bulan lagi selepas kerajaan meluluskan cadangan Presiden Abdel Fattah al-Sisi untuk berbuat demikian.

Ia diluluskan susulan kempen militan yang menyasarkan golongan minoriti Kristian di negara itu.

Parlimen meluluskan sebulat suara darurat selama tiga bulan pada April, meluaskan kuasa pihak berkuasa menghapuskan pihak yang digelar musuh negara selepas dua insiden pengeboman gereja yang mengorbankan 45 orang.

Darurat yang akan berakhir hujung bulan ini, dilanjutkan selama tiga bulan, menurut kenyataan Kabinet, bermakna ia akan berlanjutan sehingga akhir September.

Mesir berhadapan penentangan Daesh di Semenanjung Sinai, yang menyaksikan ratusan anggota tentera dan polis maut sejak 2013.

Militan semakin rancak meningkatkan serangan terhadap penduduk awam Koptik Kristian sejak kebelakangan ini, membunuh kira-kira 100 orang sejak Disember lalu.

Sementara itu, polis semalam membunuh tujuh orang yang disyaki ada kaitan dengan keganasan terhadap penduduk Kristian.

Pasukan keselamatan menemui militan bersembunyi dalam kem latihan, kata Kementerian Dalam Negeri.

Mereka cuba menahan kumpulan lelaki berkenaan, yang melepaskan tembakan.

Polis membalas tembakan dan setakat ini menemui tujuh mayat, selain senjata, motosikal dan seragam tentera, kata satu kenyataan. - REUTERS