Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

8 Julai 2017

2:14:15 PG
841041

Mesir Tidak Boleh Halang Kapal Qatar Seberang Terusan Suez

Pihak berkuasa Terusan Suez berkata bahawa Mesir tidak boleh menyekat kapal-kapal milik Qatar daripada menyeberangi terusan penting itu sekalipun negara Afrika Utara tersebut bersama-sama dengan Arab Saudi dan sekutu mereka telah memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Doha.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Terusan Suez berkata bahawa Mesir tidak boleh menyekat kapal-kapal milik Qatar daripada menyeberangi terusan penting itu sekalipun negara Afrika Utara tersebut bersama-sama dengan Arab Saudi dan sekutu mereka telah memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Doha.

Pengerusi pihak berkuasa terusan, Mohas Mamish membuat kenyataan di atas pada hari Jumaat. Beliau menambah dengan mengatakan bahawa pihaknya akur dengan keputusan Kaherah untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Doha. Akan tetapi, perjanjian antarabangsa menghalang Mesir daripada menyekat kapal Qatar yanng ingin menyeberangi terusan itu.

Walau bagaimanapun, beliau menekankan bahawa kapal-kapal Qatar tidak akan dibenarkan daripada menggunakan pelabuhan-pelabuhan Mesir dan zon ekonomi terusan itu.

Terusan buatan manusia itu -salah sebuah terusan paling sibuk di dunia- menyambung Laut Mediterranean dan Laut Merah sekaligus menyingkatkan laluan kapal-kapal antarabangsa. Terusan sepanjang 193 kilometer yang mengelakkan kapal-kapal daripada mengelilingi benua Afrika itu merupakan adalah salah sebuah sumber mata wang asing terbesar bagi Kaherah.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Qatar pada 5 Jun lepas selepas secara rasmi menamakan Doha sebagai penaja keganasan.

Arab Saudi dan pakatan pimpinannya pada 23 Jun lepas mengemukakan senarai tuntutan yang terdiri daripada 13 perkara kepada Qatar. -ABNA24

/315