Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

25 Julai 2017

2:34:18 PTG
844183

Kereta Kebal Mesir Rempuh Kenderaan Berisi Letupan

Sebuah kereta kebal tentera Mesir merempuh sebuah kenderaan yang dimuatkan dengan bahan letupan di dalam sebuah insiden yang menyaksikan sebuah serangan pengganas digagalkan oleh pihak tentera negara Afrika Utara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah kereta kebal tentera Mesir merempuh sebuah kenderaan yang dimuatkan dengan bahan letupan di dalam sebuah insiden yang menyaksikan sebuah serangan pengganas digagalkan oleh pihak tentera negara Afrika Utara itu.

Di sebalik tindakan berani kru kereta kebal itu, tujuh warga awam terbunuh di dalam insiden yang berlaku di sebuah pusat pemeriksaan tentera yang terletak di al-Arish. Insiden yang berlaku pada hari Isnin itu bukanlah sesuatu yang baru di Semenanjung Sinai.

"Ketika tentera Mesir menggunakan kereta kebal untuk menghentikan kenderaan itu, tiga orang lelaki, dua orang wanita dan dua orang kanak-kanak turut berada di tempat kejadian...," baca kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tentera Mesir.

Menurut tentera Mesir, kenderaan pacuan empar roda itu membawa lima orang militan dan bahan letupan seberat 100 kg ketika berhadapan dengan kereta kebal tersebut.

Semenanjung Sinai berada di dalam keadaan darurat sejak Oktober 2014 selepas sebuah serangan pengganas membunuh 33 orang anggota tentera Mesir.

Sejak beberapa tahun lepas, kumpulan militan giat menyerang pihak kerajaan dengan mengambil kesempatan ke atas kacau bilau yang melanda negara itu sejak Presiden Morsi digulingkan oleh pemerintah tentera.

Wilayat Sinai adalah kumpulan militan yang aktif di kawasan tersebut dan mereka adalah sekutu Daesh di negara Afrika Utara itu. -ABNA24

/315