Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Ahad

30 Julai 2017

12:02:34 PG
844959

69 Maut Serang Hendap Militan Boko Haram

Jumlah kematian susulan serang hendap militan Boko Haram ke atas pasukan cari gali minyak di timur laut Nigeria, meningkat kepada sekurang-kurangnya 69 orang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jumlah kematian susulan serang hendap militan Boko Haram ke atas pasukan cari gali minyak di timur laut Nigeria, meningkat kepada sekurang-kurangnya 69 orang.

Menurut pakar, serangan terburuk membabitkan Boko Haram itu adalah bukti jelas bahawa kumpulan berkenaan memberi ancaman berterusan kepada negara walaupun kerajaan berpendapat sebaliknya.

Seorang pekerja bantuan yang terbabit dalam misi mencari mayat mangsa berkata, mereka yang terbunuh terdiri daripada 19 anggota tentera, 33 anggota militan dan 17 orang awam.

"Mayat terakhir ditemui semalam di dalam sebuah semak di daerah Geidam di Yobe, iaitu beberapa kilometer dari lokasi serangan," katanya yang enggan dikenali.

Sumber penyelamat memberitahu, 70 mangsa atau lebih, dipercayai maut dalam tragedi berkenaan yang membabitkan kakitangan Perbadanan Petroleum Nasional Nigeria (NNPC).

Pegawai Kumpulan Rundingan Keselamatan Moden, Yan St-Pierre berkata, serangan oleh Boko Haram berkenaan membuktikan bahawa kekuatan kumpulan militan itu semakin bertambah, khususnya sejak enam minggu lalu.

"Mereka semakin kerap melancarkan serangan ke atas pos kawalan keselamatan atau konvoi tentera. Serangan ke atas NNPC ini membuktikan mereka tidak takut kepada tindakan atau operasi pasukan keselamatan," katanya. - AFP