Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Ahad

3 September 2017

3:22:30 PG
852087

Taun Ragut 14 Nyawa Di Nigeria

Sekurang-kurangnya 14 maut di kem penempatan sementara di timur laut Nigeria berikutan wabak taun.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 14 maut di kem penempatan sementara di timur laut Nigeria berikutan wabak taun.

Kementerian Kesihatan negara itu dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 14 kematian dilaporkan sejak kelmarin dan jumlah keseluruhan kes disyaki taun kekal 186.

Kebanyakan kes kematian dan disyaki taun berlaku di kem penempatan pelarian di Muna Garage, pinggir Maiduguri ibu negara Borno, iaitu kawasan yang menjadi tumpuan utama pemberontak Boko Haram.

Kebanyakan mangsa datang dari daerah berdekatan.

Kerajaan Nigeria dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berusaha meningkatkan kebersihan termasuk menyediakan air bersih dan lebih banyak tandas dalam usaha mengelak kes baharu.

Penduduk di bandar Maiduguri meningkat dua kali ganda sejak konflik dengan Boko Haram bermula lapan tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan dua juta penduduk akibat perpindahan penduduk dari Borno.

Sepanjang perang dengan kumpulan militan, kira-kira 20,000 mangsa terbunuh dan memaksa 2.6 juta penduduk di timur laut negara itu melarikan diri dengan kebanyakan mereka hidup di kem pelarian serba daif.- AFP