Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Harian Metro
Ahad

1 Oktober 2017

7:05:33 PG
857500

Universiti Oxford Turunkan Potret Suu Kyi

Universiti Oxford semalam menurunkan potret bekas pelajarnya yang juga pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi susulan kritikan terhadap krisis Rohingya.

Foto: Agensi

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Universiti Oxford semalam menurunkan potret bekas pelajarnya yang juga pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi susulan kritikan terhadap krisis Rohingya.

Potret yang dipamerkan di pintu utama Kolej St Hugh disimpan di dalam stor dan digantikan dengan lukisan baru yang dihadiahkan oleh artis Jepun, Yoshihiro Takada.

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu belajar di kolej berkenaan dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi pada 1967 sebelum menamatkan ijazah sarjana politik pada 1968.

“Kami menerima lukisan baru pada awal bulan ini yang akan dipamerkan di pintu utama bagi satu jangka masa.

“Potret Suu Kyi dialihkan ke satu lokasi selamat,” kata kolej itu dalam satu kenyataan.

Keganasan di Rakhine bermula apabila pejuang Rohingya dituduh menyerang pos kawalan polis pada 25 Ogos lalu.

Operasi tentera selepas itu menyebabkan ramai penduduk Rohingya dibunuh dan hampir setengah juta lagi melarikan diri ke Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan keadaan di Rakhine umpama satu pembersihan etnik.