Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

8 Oktober 2017

1:37:46 PTG
859030

EU Kerugian € 30 Bilion Akibat Sekatan Ke Atas Rusia: Kajian

Kajian terbaharu menunjukkan bahawa sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Rusia oleh Kesatuan Eropah telah mengakibatkan negara-negara Eropah menanggung kerugian sebanyak €30 bilion.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kajian terbaharu menunjukkan bahawa sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Rusia oleh Kesatuan Eropah telah mengakibatkan negara-negara Eropah menanggung kerugian sebanyak €30 bilion.

Kajian -milik Institut Kajian Ekonomi Austria (WIFO)- menunjukkan bahawa eksport EU ke Rusia secara tahunan berkurang sebanyak 15.7 peratus sejak tahun 2014 iaitu ketika sekatan-sekatan itu mula diperkenalkan.

Hampir 40 peratus daripada jumlah penurunan itu berkait dengan sekatan-sekatan tersebut.

WIFO turut membuat perkiraan bahawa eksport EU ke Rusia menjunam daripada €120 bilion pada empat tahun lepas kepada €72 bilion pada tahun 2016.

Menurut kajian yang dijalankan berikutan permintaan daripada Parlimen Eropah itu, Cyprus adalah negara yang paling teruk terkesan akibat sekatan itu memandangkan eksport mereka ke Rusia jatuh sebanyak 34.5 peratus sepanjang dua tahun lepas. Greece pula menyaksikan penurunan sebanyak 23.2 peratus dan diikuti oleh Croatia yang eksportnya terjejas sebanyak 21 peratus.

Brussels mula memperkenalkan sekatan ke atas Rusia pada tahun 2014 selepas menuduh Rusia melakukan pengilhakan tidak sah ke atas wilayah Crimea.

Crimea sebelum itu memilih untuk meninggalkan Ukraine dan bersatu dengan Rusia di dalam sebuah referendum yang menyaksikan majoriti penduduk wilayah itu keluar menyertai pungutan suara tersebut. -ABNA24

/315