Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

9 Oktober 2017

4:39:15 PG
859166

Menteri Pertama Scotland Ucap Takziah Kepada Penganut Syiah

Imam kepada sebuah jemaah masjid yang dikendalikan oleh penganut mazhab Syiah di Edinburgh, Scotland bertemu dengan Menteri Pertama negara Eropah tersebut, Nicola Sturgeon.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Imam kepada sebuah jemaah masjid yang dikendalikan oleh penganut mazhab Syiah di Edinburgh, Scotland bertemu dengan Menteri Pertama negara Eropah tersebut, Nicola Sturgeon.

Hujjatul Islam Syed Ali Abbas Rizawi di dalam pertemuan yang dibuat bersempenaan dengan kedatangan bulan Muharram tersebut turut menghadiahkan bendera Imam Hussein kepada Menteri Pertama Scotland itu.

Nicola Sturgeon di dalam pertemuan itu turut mengucapkan takziah kepada penganut mazhab Syiah sempena kedatangan bulan Muharram yang sinonim dengan kesyahidan Imam Hussein.

Para penganut mazhab Syiah serta beberapa mazhab lain sangat menghormati bulan Muharram sempena memperingati ulang tahun kesyahidan Imam Hussein dan sahabatnya di Karbala pada tahun 61 Hijrah. Cucunda Nabi S.A.A.W itu terbunuh dengan kejam di tangan pemerintah Bani Umayyah yang diketuai oleh Yazid.

Sementara itu, media Scotland memuji tindakan Sturgeon itu dan menyifatkannya sebagai detik bersejarah bagi belahan dunia Barat.

Nicola Sturgeon merupakan pemimpin Parti Kebangsaan Scotland yang memenangi pilihan raya tahun 2015 dengan merebut 56 kerusi daripada 59 kerusi yang dipertandingkan.


-ABNA24 


/315