Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Harian Metro
Sabtu

14 Oktober 2017

1:31:12 PTG
860289

31 Maut Kebakaran Hutan Di California

Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di California meningkat kepada 31 orang dengan pasukan mencari dan menyelamat menggunakan anjing untuk mengesan mayat dalam bencana dianggap yang paling buruk seumpamanya di negeri itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jumlah kematian akibat kebakaran hutan di California meningkat kepada 31 orang dengan pasukan mencari dan menyelamat menggunakan anjing untuk mengesan mayat dalam bencana dianggap yang paling buruk seumpamanya di negeri itu.

Kebakaran yang bermula Ahad lalu itu melanda kawasan pengeluar wain California dan menyebabkan ribuan orang hilang tempat tinggal manakala 190,000 ekar tanah musnah.

Angin kencang pada lewat Khamis turut menyukarkan usaha 8,000 bomba yang dikerahkan memadam 20 kebakaran dengan keadaan cuaca diramalkan semakin buruk.

Ketua Bomba California Ken Pimlott berkata: “Ini bererti kebakaran akan berterusan tanpa sebarang perubahan positif atau sebaliknya.

“Cuma yang pasti, buat masa ini ia tidak akan selesai.”

Syerif Daerah Sonoma Rob Giordano kawasan paling teruk terbakar tidak menolak kemungkinan jumlah kematian meningkat selain berkata, proses mencari dan mengenal pasti mayat akan mengambil masa.

“Ada mayat yang masih sempurna, tetapi ada juga yang rentung atau sekadar tinggal abu,” katanya. - AFP