Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Sabtu

14 Oktober 2017

1:46:06 PTG
860294

Trump 'Mandulkan' Pegawai Sendiri; Senator Bob Corker

Senator Republikan, Bob Corker, meningkatkan perbalahan terbuka dengan Presiden Donald Trump semalam, dengan berkata pandangan rendah Trump terhadap diplomat kanannya seolah-olah memandulkan tokoh itu di khalayak ramai.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Senator Republikan, Bob Corker, meningkatkan perbalahan terbuka dengan Presiden Donald Trump semalam, dengan berkata pandangan rendah Trump terhadap diplomat kanannya seolah-olah memandulkan tokoh itu di khalayak ramai.

Corker memberitahu akhbar Washington Post bahawa Trump menggagalkan usaha Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson, untuk memasukkan China dalam mengimbangi program nuklear Korea Utara dengan memperkecilkan diplomat itu.

"Anda tidak boleh memandulkan Setiausaha Negara sendiri di khalayak ramai tanpa mengehadkan pilihan untuk berurusan dengan Korea Utara," kata Corker, yang juga pengerusi jawatankuasa Hal Ehwal Luar Senat.

Tillerson memberitahu sidang media di Beijing dua minggu lalu bahawa AS berkomunikasi secara langsung dengan Korea Utara mengenai program nuklear dan peluru berpandunya tetapi ia tidak menunjukkan minat dalam dialog itu.

Keesokannya, Trump menulis dalam Twitter, berkata Tillerson 'cuma membuang masa' cuba berunding dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.