Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

19 Oktober 2017

4:47:27 PTG
861336

Merkel, Macron Sokong Sepanyol Dalam Krisis Catalan

Canselor Jerman Angela Merkel dan Presiden Perancis Emmanuel Macron memberi sokongan padu kepada Madrid berkaitan isu kemerdekaan Catalonia hari ini, menyokong tindak balas kerajaan Sepanyol terhadap krisis terburuk politiknya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Canselor Jerman Angela Merkel dan Presiden Perancis Emmanuel Macron memberi sokongan padu kepada Madrid berkaitan isu kemerdekaan Catalonia hari ini, menyokong tindak balas kerajaan Sepanyol terhadap krisis terburuk politiknya.

Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) yang berhimpun untuk satu sidang kemuncak di sini berada di belakang Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy, mengatakan pertelingkahan berhubung isu kemerdekaan perlu diselesaikan dalam peruntukan perlembagaan negara itu.

Pertunjukan penyatuan itu ketika Madrid berikrar mengambil alih sesetengah kuasa kerajaan serantau Catalan dan pemimpinnya, Carles Puigdemont memberi amaran, beliau mungkin mengisytiharkan kemerdekaan, memburukkan lagi krisis.

"Kami menyokong pendirian kerajaan Sepanyol. Kami berharap ada penyelesaian dalam asas perlembagaan Sepanyol," kata Merkel ketika tiba di sini.

Brussels menegaskan, pertelingkahan berhubung pungutan suara Catalonia adalah hal dalaman anggota utama EU, Sepanyol, menyokong pendirian Madrid bahawa undian itu tidak sah, namun menggesa dialog.

Perancis agak lantang dalam sokongannya kepada kerajaan Madrid ketika krisis, dengan Macron mendakwa baru-baru ini, pemisah didorong sebahagiannya oleh 'kepentingan ekonomi.'

Presiden Perancis itu memberitahu media di sini, beliau menjangka 28 pemimpin EU memberi sokongan padu buat Madrid. -AFP