Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Agensi
Jumaat

27 Oktober 2017

6:27:41 PG
862819

Trump Tangguh Penyiaran Sebahagian Dokumen Pembunuhan JFK Atas Permintaan CIA

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah meluluskan penyiaran ribuan dokumen berkaitan pembunuhan bekas Presiden John F Kennedy (JFK), namun menangguhkan penerbitan beberapa fail sensitif di atas permintaan langsung Agensi Perisikan Pusat A.S (CIA).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah meluluskan penyiaran ribuan dokumen berkaitan pembunuhan bekas Presiden John F Kennedy (JFK), namun menangguhkan penerbitan beberapa fail sensitif di atas permintaan langsung Agensi Perisikan Pusat A.S (CIA).

Sebelum itu, Arkib Nasional telahpun diberi mandat dan kelulusan untuk memuat naik sekitar 3,000 dokumen berkaitan di laman sesawang mereka. Perkara ini dibuat selari dengan Akta Pengumpulan Rekod Pembunuhan JFK tahun 1992 yang menyatakan bahawa kerajaan pusat perlu menyiarkan kesemuanya menjelang 26 Oktober tahun 2017.

Pentadbiran Trump juga memberitahu bahawa Arkib Nasional akan menyiarkan kesemua 2,800 dokumen pada hari Khamis.

Akan tetapi, menurut para pegwai terbabit, Trump telah menangguhkan penyiaran beberapa dokumen berkaitan pembunuhan Kennedy di Dallas, Texas pada 22 November 1963 selepas mendapat permintaan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Agensi Perisikan Pusat (CIA) serta beberapa agensi lain.

Menurut pegawai itu, dokumen terbabit mencakupi beberapa fail yang berkait rapat dengan aspek keselamatan negara dan beberapa perkara penting lain.

Trump dilaporkan bersetuju dengan permintaan itu dan memberikan tempoh selama enam bulan kepada semua agensi tersebut untuk menjelaskan alasan mengapa dokumen terbabit tidak boleh didedahkan kepada umum.

"Ada beberapa maklumat yang sensitif dalam semua dokumen itu, sebagai contoh; identiti pemberi maklumat dan peranan mereka.

"Presiden -di satu sudut- mahu memastikan ketelusan mutlak di dalam perkara ini dan berhasrat setiap dokumen itu disiarkan kepada umum secepat mungkin," katanya.

Kennedy berkhidmat sebagai presiden ke-35 A.S daripada Januari tahun 1961 hingga 22 November 1963 apabila beliau ditembak di Dallas, Texas.

Suruhanjaya Warren yang menyiasat pembunuhan presiden penuh karisma berusia 46 tahun itu sepakat menyatakan bahawa ia dilakukan bersendirian oleh bekas penembak tepat pasukan Marin, Lee Harvey Oswald.

Akan tetapi laporan Suruhanjaya Warren yang terdiri daripada 888 muka surat itu gagal meyakinkan ramai pengkaji yang mengatakan bahawa Oswald adalah sebahagian daripada plot untuk membunuh Presiden Kennedy. -Agensi

/315