Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

27 Oktober 2017

6:49:24 PG
862820

Twitter Sekat Iklan RT Dan Sputnik, Tuduh Campur Tangan Dalam Pilihan Raya A.S

Rusia telah mengambil keputusan untuk mengambil langkah berkaitan ke atas Twitter selepas syarikat laman jaringan sosial itu menyekat iklan daripada dua buah agensi berita Rusia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia telah mengambil keputusan untuk mengambil langkah berkaitan ke atas Twitter selepas syarikat laman jaringan sosial itu menyekat iklan daripada dua buah agensi berita Rusia.

Twitter pada hari Khamis mengumumkan bahawa sebarang iklan daripada RT dan Sputnik tidak akan lagi diterima setelah komuniti perisikan A.S mendakwa bahawa Moscow cuba untuk campur tangan di dalam pilihan raya tahun 2017 A.S.

Syarikat yang berpusat di San Francisco itu berkata keputusan itu diambil setelah mereka menjalankan siasatan sendiri serta kesimpulan yang dibuat oleh komuniti perisikan A.S yang menuduh RT serta Sputnik cuba campur tangan di dalam pilihan raya A.S.

Media Rusia dengan tegas mengkritik tindakan Twitter dengan RIA Novosti berkata bahawa perkara itu mencabuli undang-undang antarabangsa dan domestik berhubung kebebasan bersuara.

Sementera itu, Kementerian Luar Negara Rusia berkata bahawa keputusan itu merupakan sebahagian daripada langkah agresif A.S dalam rangka menyekat kerja-kerja media Rusia khususnya di Amerika Syarikat sendiri. Menurut mereka, terdapat tekanan daripada agensi perisikan A.S yang memberi kesan kepada keputusan itu.

RT juga dengan pantas memberikan reaksi dengan mengatakan bahawa mereka tidak pernah terlibat di dalam sebarang aktiviti tidak sah di dalam dunia maya dan tidak pernah mengejar agenda untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya A.S. -ABNA24

/315