Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Sabtu

28 Oktober 2017

4:50:58 PTG
863126

Burundi Keluar ICC

Burundi menjadi negara pertama yang menarik diri dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Burundi menjadi negara pertama yang menarik diri dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Jurucakap ICC mengesahkan penarikan balik berkuat kuasa semalam, setahun selepas negara Afrika Timur itu memaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB tentang hasratnya untuk meninggalkan mahkamah tersebut.

"Pengunduran rasmi Burundi dari ICC adalah contoh terbaru kegagalan kerajaan untuk melindungi mereka yang bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia," menurut pengarah bersekutu keadilan antarabangsa di Human Rights Watch (HRW), Param-Preet Singh.

Bulan lalu, laporan siasatan PBB menyatakan jenayah terhadap kemanusiaan termasuk pembunuhan dan keganasan seksual masih berlaku di negara itu selain menggesa ICC membuka siasatan secepat mungkin.

Burundi adalah satu-satunya dari tiga negara Afrika yang akan meneruskan penarikannya selepas pengunduran Afrika Selatan dibatalkan pada Mac dan kerajaan baharu, Gambia membatalkan hasrat sama pada Februari lalu. - AP